Satu video menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang wanita difahamkan Naib Presiden kepada sebuah pertubuhan yang diberi nama Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia menjelaskan mengapa dia memilih untuk berkahwin dengan suami orang.
Wanita berkenaan, Haryani Ithnen dilihat berkongsikan pengalamannya sendiri bergelar isteri ke-4 kepada suaminya.
Dalam video itu, dia berkata ciri-ciri suami yang diingini adalah seorang yang berilmu dan memahami ilmu hukum hakam agama dan perkara itu kebanyakannya ada pada lelaki yang sudah berkahwin.
Speechlessnya aku???? pic.twitter.com/6swToAeGS1
— ??? (@zafeiyra) February 5, 2023
Tetapi, approach mereka (lelaki bujang) tidak cukup barangkali. Mereka tak cukup present diri mereka, nampak kurang berilmu.
Malah, dia juga menganggap bahawa isteri kedua dan seterusnya bukanlah yang ‘merampas’ ataupun ‘si penyondol’ sebaliknya yang pertama itu yang dikira perampas.
Yang merampas itu yang pertama, merampas rumah tangga kedua. Memaksa suami menceraikan yang pertama.
Video itu sekaligus mengundang pelbagai respon daripada warga maya yang rata-rata menganggap pendapat wanita itu sebagai sesuatu yang merepek dan ‘bullshit’!
Perampas memang takkan mengaku dia perampas. Dia lah paling rasa teraniaya.
Masalahnya takkan ada perampas kalau yang ke 2,3, dan 4 tak wujud. So sekarang ni siapa yang perampas sebenarnya?