Kebiasaannya, rumah kayu atau pun rumah berdekatan kampung pasti mempunyai lubang angin di bahagian atas. Fungsinya adalah untuk melancarkan peredaran udara keluar dan masuk.
Pun begitu, kadang-kadang lubang tu juga boleh jadi tempat serangga atau pun binatang kecil seperti kucing untuk masuk. Kenalah cari cara nak tutup kan.
Nak dijadikan cerita, menerusi perkongsian cikkcahh97, kelihatan setiap lubang tersebut sudah pun ditutup dengan kain. Tetapi yang jadi masalah tu, kain tersebut rupanya tudung si isteri. Memang cari pasal..
“Mana la pergi tudung aku banyak-banyak”
Ujar wanita ini, perkara itu disedarinya selepas masuk ke dalam bilik.
“Tiba-tiba bilik rasa suram, rupanya suami aku punya kerja! Tutup lubang angin taknak bagi kucing masuk..adoii”
Diruangan komen, rata-rata sangat terhibur dan ‘geram’ dengan gelagat suami wanita ini. Ada juga yang tertanya-tanya dengan nasib lelaki tu. Yelah, bab tudung ni jangan buat main. Haha!
“Lepas dapat tahu tu, suami tidur luar ke?”
Patutlah tudung hilang ya, rupanya si suami terlebih kreatif. Mungkin dia dah bersedia nak terima bebelan isteri kan. Ada lah dalam 20 helai tudung kat atas tu, warna warni juga bila tengok. Adoi.
SUMBER