Tidak dapat mengawal perasaan sedih, seorang wanita meraung saat menangkap suaminya sedang berdua-duaan dengan skandal di dalam kereta.
Menerusi rakaman video yang tular, si suami dilihat terkejut mendengar jeritan isteri dan meminta wanita itu tidak buat hal.
Apa semua ni sayang? Kenapa macam ni?
Si isteri terus menangis meminta penjelasan daripada suami dan mereka dilihat bergelut seketika. Si isteri juga sempat menerjah skandal yang duduk di bahagian penumpang hadapan.
Difahamkan, skandal itu merupakan rakan di kilang tempat suaminya bekerja dan hanya menjawab dia mahu mengambil durian.
Dah lama perasan perubahan suami
Menurut wanita itu, dia sudah lama perasan perubahan ketara suaminya dan sudah lama kantoi namun lelaki berkenaan tidak mengaku berlaku curang dan mempunyai perempuan lain.
Akhirnya, kali ini dia tergerak hati untuk mengekori pergerakan lelaki itu dan meraung apabila ternampak sendiri di depan mata kecurangan suaminya.
Dapat tahu dari team member kilang dia dah banyak kali keluar bersama. Cuma takde bukti je. Allah terbukakan hati aku untuk cari laki aku pada Jumaat malam tu juga.
Suami curang depan mata pun masih lagi panggil sayang. Daripada menjerit macam hilang pedoman tu better akak minta cerai je la. pic.twitter.com/lTUGzNaROD
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) July 2, 2024
Tak endahkan anak di rumah
Berlaku pergelutan di antara pasangan itu dan sambil menangis si isteri meminta suaminya memberi penjelasan serta turut menerjah skandal lelaki itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan.
Lebih menyedihkan wanita itu berkata suaminya tidak mengendahkan anak mereka apabila berada di rumah dan selepas insiden terjah tersebut dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.
Difahamkan, wanita itu telah pun memadam video tersebut di akaun TikTok selepas ia tular dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.