Perempuan mengandung selalunya akan mengidam sesuatu walaupun kadangkala perkara yang diminta itu agak pelik dan tidak masuk akal.
Itulah kisah yang dikongsikan oleh wanita ini melalui video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya apabila dia mengidam ingin memakan teratai.
Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Eymah Assary itu menunjukkan suaminya terbongkok-bongkok untuk mengambil pohon teratai demi si isteri.
Walaupun perkara tersebut agak pelik dan jarang dilihat bagi sesetengah orang, Eymah memuat naik lagi satu video menunjukkan cara-cara untuk memakan pohon teratai.
Menurut Eymah, rasa tumbuhan berkenaan mempunyai rasa yang manis dan berlemak serta sedap apabila dikunyah.
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir yang tidak tahu bahawa teratai boleh dimakan dan ramai juga berkongsi pengalaman tentang rasa tumbuhan tersebut.