Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang wanita yang dikenali sebagai @yusfairuz87 telah berkongsikan pengalaman perit kerana dicederakan oleh suami hanya kerana kejut untuk berbuka.
Lapor mStar, ibu kepada lima anak ini telah mengejutkan suaminya untuk bangun kerana telah tiba waktu berbuka namun lelaki itu tiba-tiba sahaja mengamuk.
Malah, wanita itu juga dicekik dan diacu objek tajam selain membuat kecoh dengan menyelerakkan barang-barang di rumah.
Perkongsian yang turut dimuat naik di TikTok wanita itu telah mencetuskan rasa cemas dalam kalangan netizen dan difahamkan dia juga telah membuat laporan polis ekoran insiden tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai meminta wanita itu turut lebih berhati-hati dan mendoakan agar dia tabah menghadapi ujian tersebut.