(VIDEO) Isteri Baru Jalani Rawatan Barah, Suami Kerja Doktor ‘Kantoi’ Curang Dengan Skandal Kelahiran 2003

Kehidupan

(VIDEO) Isteri Baru Jalani Rawatan Barah, Suami Kerja Doktor ‘Kantoi’ Curang Dengan Skandal Kelahiran 2003

Baru-baru ini, seorang wanita yang menghidap barah berdepan dengan satu lagi ujian berat dalam hidup apabila suami yang bekerja sebagai doktor kantoi mempunyai skandal di sebalik perkahwinan yang telah dibina.

Isteri ‘tangkap’ suami curang selepas jalani rawatan barah

Melalui video yang tersebar di platform media sosial, wanita tersebut difahamkan baru saja menjalani rawatan di pusat perubatan sebelum singgah sebentar ke pusat membeli-belah.

Advertisement

Namun siapa sangka, persinggahannya ke sana telah membongkarkan ‘rahsia’ suami selepas dia melihat lelaki terbabit bersama dengan wanita lain dan tidak mendiamkan diri, dia nekad untuk bersemuka dengan kedua-dua individu itu di kawasan food court.

Susulan sudah ‘kantoi’, kedua-dua individu tersebut kelihatan cuak dan sempat berlaku pergelutan kecil, sebelum ia bersambung di tempat meletakkan kenderaan.

Sudah banyak kali tukar pasangan, pernah bercerai tahun 2021

Dedah si isteri, suaminya sebelum ini memang sering kali bertukar-tukar pasangan, bahkan pernah bercerai pada tahun 2021 tetapi akhirnya rujuk semula atas dasar masih sayang satu sama lain.

Bagaimanapun menurut si isteri, suaminya sejak kebelakangan ini dipercayai jarang pulang ke rumah atas alasan sibuk bekerja dan susulan sudah mengetahui perbuatan curang suami, wanita itu akui sudah ‘penat’, tambah pula kini sedang bergelut dengan masalah barah.

suami curang di kk
2025-09-29 10:30:06

"Tindakan Saya Itu Lebih Dipengaruhi Oleh Emosi, Hentikan Penyebaran.." - Isteri Mohon Maaf Terlanjur Kongsi Aib Suami Curang Di KK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...