Seorang lelaki merakamkan satu lembaga tidak dikenali yang dilihat sedang mengaji Al-Quran di laman tamu rumahnya.
Video kejadian dikongsi oleh adik kepada lelaki berkenaan di Twitter dua hari lepas di akaun affadnan. Menurut Affa, abangnya menghantar video itu selepas Subuh dalam kejadian di rumahnya.
My bro sent me this video after Subuh today dekat rumah dia. Wallahu Alam.
Location : Wangsa Height Condo , BA pic.twitter.com/NxLUQEZJtX
— IG : affaadnan (@AffaAdn) May 28, 2017
Apabila ditanya oleh pengguna Twitter lain, Affa berkata ketika kejadian abangnya bersendirian di rumah kerana isteri dan anak pulang ke kampung halaman.
Ketika menjawab pertanyaan netizen lagi, Affa berkata suara makhluk itu seperti suara kanak-kanak perempuan yang langsung tidak dikenali olehnya.
Netizen cuba bersangka baik dengan berkata mungkin lembaga itu makhluk halus yang mahu menumpang sembahyang sahaja di bulan baik ini. Bagaimanapun, ada juga netizen yang naik bulu roma apabila menonton video terbabit.