Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ada memuat naik video memaparkan dirinya membantu masak, mengacau dan mengaul bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar Bandar Bera.
Uihhhhh dah sihat https://t.co/Ig3Ae9dWYM
— TuanPremierMasbro BONGKERSZ Pak Yu Lanjiao Bae (@bongkersz) March 22, 2025
Video yang dimuat naik itu telah menarik perhatian ramai, di mana rata-ratanya ‘terkejut’ melihat tahap kesihatan Ismail Sabri baik-baik saja, sedangkan sebelum ini dimaklumkan dirinya tidak sihat.
Malah, ramai yang memerlinya kerana kelihatan cukup sihat untuk melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti itu biarpun sebelum ini baru dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.
Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen mengatakan Ismail Sabri kelihatan kaku di dalam video berkenaan, di mana dia seolah-olah ‘disuruh’ untuk melakukan perkara tersebut.
Sekadar info, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianggap suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.