Dilanda pelbagai kontroversi sejak beberapa bulan lalu dengan beberapa siri video pelik sehingga ada yang melabelkan beliau gila, pelakon Iqram Dinzly semalam telah dijemput hadir ke program Melodi bagi menjawab segala persoalan yang berlaku kepada dirinya kini.
Episod tersebut menjadi perbualan hangat apabila Iqram ketika ditanya mengenai siapakah gurunya memberitahu salah seorang guru beliau adalah Che Mat. Alangkah terkejutnya penonton saat Iqram menjelaskan yang Che Mat itu merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Harapnya Iqram mahupun pihak penerbit Melodi dapat tampil memberikan jawapan kepada isu ini. Penghinaan terhadap Rasulullah bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.
Kredit Video : YouTube Asal Artis

Babe
January 11, 2018 at 8:35 pm
Gwa salu sebut.. maulidur rosul sebagai birthday muhammad.. agak klo buat status or moment.. mesti kne kecam..
Mercurious
January 9, 2018 at 1:16 pm
org gila xkn ngaku dier giler.. so ak rasa dier ni mmg tgh sakit mental
annone
January 8, 2018 at 7:22 pm
Raut wajah, memek muka n pndangan mata mcm ada sesuatu masuk bdm dia. Mcm bkn diri dia. Dikawal
RJ35
January 8, 2018 at 6:39 pm
Kwn aku cina kristian pun tahu hormat..dia sebut Prophet Muhammad peace be upon him…
Anonymous
January 8, 2018 at 5:39 pm
Aku pasan dia ni jd camni lepas viral dia kena maki hamun insiden parking tu kan. Maybe kena tulah kot