[VIDEO] Intan Najuwa Kongsi Momen Anak Naik Kapal Terbang, Pembantu Duduk ‘Business Class’ – “Kaya Lain Macam”

Hiburan

[VIDEO] Intan Najuwa Kongsi Momen Anak Naik Kapal Terbang, Pembantu Duduk ‘Business Class’ – “Kaya Lain Macam”

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi detik manis ketika cahaya matanya, Imane Lunara, sedang berada di dalam sebuah penerbangan.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, kelihatan bersama suami, Datuk Ahmad Azrah Azman, dan pembantu mereka sedang menaiki pesawat tersebut.

Advertisement

Difahamkan ini merupakan kali pertama Lunara menaiki kapal terbang dalam tempoh masa yang agak lama.

Namun begitu, Intan tidak menyatakan destinasi mereka dalam video berkenaan.

Selain kecomelan Lunara yang mencuri perhatian, ramai warganet turut memuji pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini kerana membawa pembantunya bersama dalam penerbangan kelas perniagaan.

Pembantu yang untung dapat naik business class, rezeki mereka.

Orang kaya yang tak sombong dengan pembantu, pergi melancong pun bawa pembantu.

Pembantu dapat naik business class, kalau macam ini saya pun nak jadi pembantu datin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

2025-08-12 10:26:17

Netizen Dedah Individu Sakan Kutuk Fazura Rupanya Adik Ipar Raihan Amin - "Lebih Sudu Dari Kuah"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...