Pensohor media sosial dan usahawan, Aisyah Hijanah memaklumkan bahawa bayi dalam kandungannya kini berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera.
Ditemui media, Aisyah yang bersama suami, Alif Teega turut memberitahu bahawa anak ketiga mereka itu akan dilahirkan pada bulan Mac hadapan.
Kandungan anak ketiga ini, insya-Allah saya akan bersalin pada bulan hadapan (Mac). Pada awal kehamilan memang bayi dalam kandungan ini sedikit perlahan pergerakannya. Tetapi sekarang semakin baik, Alhamdulillah. Saya dan Alif memberikan kerjasama yang baik menjaga kandungan ini.
Dalam pada itu, Aisyah mendedahkan jantina anak mereka kali ini adalah seorang anak perempuan.
@ohbulanofficial Replying to @yusnita Alhamdulillah baby girl ??#ohbulan #fyp #news #aliffteega #aisyahhijanah
Mereka berdua ditemui semalam setelah selesai prosedur harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di mana syarikat Hijanah yang diusahakan bersama suami kini milik Aisyah seratus peratus.
Sebelum ini, kedua-duanya menjadi bahan bualan warga maya gara-gara Alif mendedahkan dia sudah bernikah kali kedua bersama seorang wanita bernama Fatin Umaidah yang juga pekerja di syarikat milik pasangan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.