(VIDEO) “Ingatkan Kawan” – Pemuda Malu Habis Lepas Terlena Di Bahu Orang Lain!

Trending

(VIDEO) “Ingatkan Kawan” – Pemuda Malu Habis Lepas Terlena Di Bahu Orang Lain!

Adatlah bila dalam kenderaan awam menuju destinasi yang agak jauh, mesti akan jadi penat kan. Tambah-tambah lagi dalam train, sambil menunggu tu tak sedar dah terlelap.

Kalau terlelap di bahu kawan tu tak mengapa lah kan, tapi macam mana pula kalau orang lain? haa yang ni buat muka merah padam ni, haha!

Advertisement

Menurut perkongsian seorang lelaki di laman Tiktok Abdenour, dia ada berkongsi mengenai momen dimana dia terlelap di dalam keretapi. Lebih memalukan tu bila dia rupanya terlentok di bahu orang lain, aduhai.

Jika dapat dilihat di video, wanita itu seakan merelakan sahaja pemuda itu terlena di atas bahunya. Sepertinya wanita itu sudah menjengah usia 40-an, mungkin sifat keibuannya tinggi ya, kesian kat pemuda ni penat sangat nampaknya.

Akibat terlena di bahu wanita tersebut, pemuda itu tampak sangat terkejut sejurus sedar dari tidur. Yelah, ingatkan kawan sendiri, rupanya orang yang tidak dikenali. Patutlah empuk semacam ya? 

Jika dapat dilihat diruangan komen, rata-rata netizen sangat terhibur dengan reaksi spontan pemuda ini. Sambil tahan malu tu terus pandang ke tingkap dan tutup muka ya. Wanita itu pula baik hati tumpangkan bahu. Lucu betul.

Pemuda terlena bahu orang lain

Korang ada ke pengalaman terlena di bahu orang lain? Mesti terus rasa janggal kan. Memang terhibur betul, nak gelak pun ada, malu tu pasti!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...