(VIDEO) “Ingat Benda Ni Main-Main Ke?!” – Netizen Malaysia Hubungi Nurul Ain Semata Nak Dengar Bunyi Bom Di Palestin

Kehidupan

(VIDEO) “Ingat Benda Ni Main-Main Ke?!” – Netizen Malaysia Hubungi Nurul Ain Semata Nak Dengar Bunyi Bom Di Palestin

Melalui laman Twitter (X) baru-baru ini, tular satu video seorang rakyat Malaysia bernama Dr. Nurul Ain Latif yang kini berada di Semenanjung Gaza memohon orang ramai untuk berhenti hubunginya hanya kerana mahu mendengar bunyi bom di sana.

Menurut Ain, sepatutnya rakyat Malaysia lebih sensitif mengenai hal tersebut dan memahami situasi genting yang sedang dilaluinya serta rakyat Palestin ketika ini.

Advertisement

Engkau orang ingat benda ini main-main ke? Kamu nak doakan kami kena bom ke apa sekarang ini?

Dalam pada masa yang sama, Ain meminta agar netizen bersyukur kerana keadaan di Malaysia aman dan tidak lalui peperangan seperti di Palestin.

Wanita itu turut sempat memaklumkan bahawa usahanya untuk menghantar bantuan kepada penduduk Gaza tidak dapat dilaksanakan susulan adanya letusan bom di kawasan terbabit.

Sekadar info, Dr. Nurul Ain merupakan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan dia mengahwini jejaka yang merupakan warganegara Palestin pada Oktober lalu.

syamimia
7 months ago

"Meluat, Cakap Sopan Tapi Kuat Perli" - Gara-Gara Kontroversi Isu Palestin, Syamimia Hilang Lebih 100K 'Followers'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter (X)

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...