Pihak berkuasa Indonesia semalam telah meletupkan 23 bot nelayan asing yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara terbabit.
Bot tersebut, 13 dari Vietnam dan 10 dari Malaysia, diletupkan secara serentak di tujuh pelabuhan dari Tarakan di utara Kalimantan sehingga ke Ranai di Pulau Natuna di Laut China Selatan.
Menteri Hal Ehawal Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastuti, menyaksikan tindakan itu yang dijalankan dengan kerjasama tentera laut dan polis, menerusi lintas langsung internet di pejabatnya di Jakarta.
Indonesia mengambil pendirian tegas ke atas aktiviti perikanan haram sejak Presiden Joko Widodo mengambil alih tampuk pimpinan negara itu pada 2014.