Terdahulu, pelawak dan usahawan, Shuib menggesa individu yang menuduhnya sebagai salah seorang ahli konspirasi teori atau Freemason untuk bertemu dalam masa 24 jam.
Susulan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berjaya mengesan individu tersebut dan memaklumkan mereka akan berjumpa hari ini.
Terkini, individu berkenaan tampil menjelaskan mengenai hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya itu.
Menerusi laporan Melodi, individu itu mendakwa dia hanya berkongsi semula komen daripada netizen.
Saya share dan copy paste ayat-ayat kejam tu daripada komen netizen.
Bukan itu sahaja, dia juga telah mengakui kesilapannya kerana tidak meletakkan sumber asal sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.
Silap besarnya saya tak creditkan nama orang tu.
View this post on Instagram
Sebelum ini, individu itu telah mendakwa Shuib telibat dalam konspirasi teori vaksin Covid-19 yang menyebabkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.