Terdahulu, seorang wanita telah mendakwa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah menghentikan bayaran sewa rumah yang dibantunya sebelum ini.
Menurut wanita itu, Ebit sering lewat membayar sewa rumah sehingga keluarganya dihalau oleh tuan rumah tersebut menyebabkan dia kini menjadi gelandangan.
Turut memberi respon, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice telah memberi pendapatnya di laman Instagram.
Apa-apa ustaz tu janji dengan gelandangan ni, itu urusan antara mereka.
Menerusi hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memberi nasihat kepada individu berkenaan untuk berusaha untuk mencari pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.
Kalau masih sempat lagi main Facebook, apa kata cuba cari kerja.
Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 34 tahun itu turut menjadikan pempengaruh media sosial berasal dari Indonesia iaitu Mondy sebagai contoh.
Kita kena belajar dari Mondy, jumpa di tepi jalan, tak ada rumah, jual sambal, dan akhirnya dia sendiri berdikari bukak kedai tatu. Ini nama dia bijak.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.