Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang pengguna yang memaparkan harga nasi campur yang dibeli disebuah restoran telah meraih perhatian daripada netizen.
Menerusi video tersebut, dilihat 3 bungkusan nasi yang disertakan beberapa lauk iaitu ayam, ikan, telur, serta sayuran.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila pemilik video berkenaan turut menunjukkan harga ketiga-tiga bungkusan nasi campur tersebut yang mencecah ribuan ringgit.
Ambik tak tengok harga lagi..
Namun, pemilik video telah mendedahkan perkara sebenar bahawa rupa-rupanya penjaga kaunter retoran itu tersilap kira makanan yang diambil olehnya.
@missl_yuvna ambik xtengok harga lagi?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terkejut melihat harga nasi campur yang disifatkan sebagai ‘harga kayangan’.
“Ayam, ikan and telur import dari Rusia kut. Mahal giler,” tulis seorang netizen.
“3 ribu lebih kalau aku letak balik, belah,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.