(VIDEO) IMBRT Dijangka Beroperasi Pada 2023, Johor Laksana Ujian Rintis Bas Elektronik Selama 3 Bulan

Automotif

(VIDEO) IMBRT Dijangka Beroperasi Pada 2023, Johor Laksana Ujian Rintis Bas Elektronik Selama 3 Bulan

Akhir Januari lalu, negeri Johor telah menerima gerabak pertama Automated Rapid Transit (ART) di Iskandar Malaysia.

Khamis ini, negeri Johor akan mengadakan ujian rintis Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (IMBRT) bermula 8 April hingga 8 Julai selama tiga bulan di mana ia akan menjadikan Malaysia negara pertama yang memiliki perkhidmatan bas elektrik.

Advertisement

laluan IMBRT

Rudyanto Azhar selaku Pengarah IMBRT memaklumkan ujian Khamis ini dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad adalah sejauh empat kilometer dari Anjung, Medini, Lebuhraya Sultan Iskandar sehingga Horizon Hills.

Ujian tersebut juga bertujuan untuk menguji laluan sebenar sekali gus dapat menentukan jenis bas yang bersesuaian untuk digunakan sekitar kawasan Iskandar Malaysia.

“Sembilan buah syarikat pengeluar bas dari dalam dan luar negara yang terlibat dalam ujian rintis ini menggunakan teknologi hijau sepenuhnya, bekalan tenaga elektrik serta reka bentuk bas yang futuristik”.

“Operasi IMBRT dijangka bermula dua tahun lagi iaitu pada 2023 sekali gus mengubah landskap pengangkutan Johor dan negara dalam menyediakan kemudahan bas yang sistematik”.

Selain itu, kos bagi projek ini bernilai kira-kira RM2.56 bilion yang dibiayai menerusi beberapa pihak, RM1 bilion (kerajaan pusat) dan RM1.56 bilion (kerjasama swasta-awam).

IMBRT juga bakal menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus, menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,043 kilometer atau hampir 90% daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia dan laluan utama akan mempunyai dua stesen akhir iaitu di Desa Jaya melalui Laluan Tebrau dan di Anjung menerusi Laluan Iskandar Puteri.

Projek berkenaan merangkumi 33 stesen, dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai.

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...