VIDEO: iMac Pro vs iMac, Berbaloikah Membeli iMac Pro Yang Bernilai RM20,999?

Trending

VIDEO: iMac Pro vs iMac, Berbaloikah Membeli iMac Pro Yang Bernilai RM20,999?

Baru baru ini dunia teknologi digemparkan dengan penjualan komputer dari Apple iaitu iMac Pro yang mencecah harga jualan sebanyak RM20,999 di Malaysia.

Advertisement

Ramai yang agak terkejut terutama netizen yang acah bijak dengan mengatakan harga jualan RM20,999 adalah bodoh. Tetapi iMac pro bukan lah komputer peribadi yang mengfokuskan kumpulan pasaran seperti netizen untuk melayari facebook dan memberi komen yang acah dorang power. iMac dijual untuk kumpulan pasaran profesional arena kreatif sebagai contoh pembikin filem dan pereka grafik.

Seorang Youtuber Tech Dom Esposito berkongsikan satu video yang membandingkan iMac miliknya dengan iMac Pro yang baru dibeli dan hasil berbandingkan tersebut mendapati iMac Pro sememangnya berbaloi untuk dibeli dan mampu menjimatkan masa bekerja untuk profesional.

iMac Pro didatangkan dengan skrin 27-inci beresolusi 5K, ia juga dilengkapi cip pemprosesan berkuasa tinggi Intel Xeon W, dan juga kad grafik Vega GPU. Maik taraf yang menarik untuk iMac Pro adalah memori 128GB ECC, storan 4TB SSD, serta dilengkapi 4 port Thunderbolt 3.

Dengan semua spec yang tinggi digunakan pada iMac Pro ini, ia sememamngnta dicipta untuk penyuntingan 3D, video 4K, video 360-darjah, dan mampu melakukan pelbagai tugasan dengan pemprosesan tinggi.

Model versi asas dijual pada harga RM20,999 hadir dengan Intel Xeon W 3.2Ghz, memori 32GB DDR4 ECC, 1TB SSD, Radeon Pro Vega 56 dengan 8GB HBM2, Magic Mouse 2, dan juga Magic Keyboard.

Harga RM20,999 ini mampu berubah kepada RM50,000 ke RM60,000 dengan penambahan spec yang anda inginkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...