May 30th, 2016

Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba, Neelofa telah melancarkan beberapa koleksi baru Naelofar Hijab.

Kali ini Neelofa telah tampil dengan video promosi yang cukup bermakna dan mendalam maksudnya.

Dengan tajuk Allah Lebih Tahu, Neelofa telah menyentuh hati ramai dengan luahan hati beliau dengan cerita keinsafan beliau dan memohon keampunan serta mencari keredhaan Allah SWT.

Kemudian, Neelofa membawa pula kepada kisah cintanya, dalam video berkenaan Neelofa bertanya adakah lelaki yang ada dihatinya itu adalah yang tepat buat dirinya?

Dalam mencari jawapan tentang soal jodohnya, Neelofa dekatkan dirinya kepada Allah SWT dan terus berdoa yang terbaik buat beliau. Hanya kepada Allah SWT sahaja beliau berserah.

Tidak kami nafikan, jalan cerita dan setiap bait-bait ayat cukup menyentuh perasaan ditambah pula dengan pemandangan yang agak cantik.

Berikut kami sertakan beberapa komen daripada orang ramai yang telah menonton video tersebut :-

Ini pula video penuh Naelofar Hijab Raya Campaign 2016 – “Allah Lebih Tahu”:-

Bagaimana? Ada yang tersentuh dan keluar air mata bila menonton video tersebut?

Sumber : YouTube NH Prima International


Comments are closed.

Loading...