(VIDEO) Ifa Raziah Dikecam Tidak Beriman Pakai Gaun Seksi Dan Singkat Ketika Promosi Produk Kurus

Hiburan

(VIDEO) Ifa Raziah Dikecam Tidak Beriman Pakai Gaun Seksi Dan Singkat Ketika Promosi Produk Kurus

Selebriti Ifa Raziah sekali lagi dikecam netizen apabila video beliau memakai gaun seksi dan singkat mempromosikan produk pelangsingan viral di media sosial semalam.


Berpakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang mampu menimbulkan keghairahan, rata-rata netizen melabelkan Ifa tidak beriman dan terlalu terdesak untuk membuktikan dirinya sudah kurus.

Advertisement

Malah, Ifa akui itulah tujuan sebenarnya beliau memuat naik video tersebut dan seharusnya perkara itu tidak perlu menjadi isu kerana aksinya itu tidak terlampau dan bukannya beliau tampil berbogel.

Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya. Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.

Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air. Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?

Ifa juga nampaknya tidak kisah video itu hangat diperkatakan kerana ia secara tidak langsung membuatkan produk keluarannya itu laris dan sudah habis terjual sebanyak 1,000 kotak.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

52 Comments

  1. KSian lki ko

    April 28, 2018 at 2:43 pm

    Asal pkir da kuruih,msti nk pki kotat kn?tp den tgk biasa jek..,x la kuruih mne pn,peha tu bosa gak nmpk ehh.nk tyang kek spe cik ipa ooiii.??lki koo x mrah ke ko pki sksi kotat gni?

  2. Norlela Khalid

    April 28, 2018 at 12:23 pm

    Tengok pon dah tau buat plastic surgery..
    Cuma nak tanya buat dimana?
    Di Malaysia atau luar negeri?
    Sbb saya pon nak buat gak..hehe..

  3. sis try

    April 28, 2018 at 10:55 am

    dia kata kurus sebab makan teloq hari2…aikk tetiba kuruih sebab makan produk dia juai…menipu ja hidup artis kat malaysia mcm dia ni…

  4. Anonymous

    April 28, 2018 at 10:25 am

    tak sedar diri betul makcik ni , sape yg nak jeles dgn dia …. kesian perasan cantik.. maybe husband dia x puji cantik kot! tu yg mcm org meroyan jer… cantik ke kurus ke dok diam2 x yah nak kecoh satu malaya…. nak jual product pun x yah la pakai mcm tu… ish2….dunia akhir zaman… rumah said go kubur said come…. semoga kita di beri petunjuk dan hidayah…

  5. Anonymous

    April 28, 2018 at 10:12 am

    tak yah nak perasan cantik sangat…. rumah said go kubur said come…. semoga kita semua di beri hidayah dariNya….,.

Loading...