Selebriti Ifa Raziah sekali lagi dikecam netizen apabila video beliau memakai gaun seksi dan singkat mempromosikan produk pelangsingan viral di media sosial semalam.
Berpakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang mampu menimbulkan keghairahan, rata-rata netizen melabelkan Ifa tidak beriman dan terlalu terdesak untuk membuktikan dirinya sudah kurus.
Malah, Ifa akui itulah tujuan sebenarnya beliau memuat naik video tersebut dan seharusnya perkara itu tidak perlu menjadi isu kerana aksinya itu tidak terlampau dan bukannya beliau tampil berbogel.
Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya. Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?
Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.
Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air. Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?
Ifa juga nampaknya tidak kisah video itu hangat diperkatakan kerana ia secara tidak langsung membuatkan produk keluarannya itu laris dan sudah habis terjual sebanyak 1,000 kotak.