Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Reez Mell yang memaparkan keadaan rumah yang dikediami oleh seorang pelajar telah menyayat hati orang ramai.
Menerusi hantaran video tersebut, wanita yang merupakan seorang guru itu dilihat telah membuat lawatan ke rumah salah seorang anak muridnya yang baru sahaja kehilangan ibu akibat kanser lidah.
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah keadaan rumah murid tahun 1 itu yang serba kekurangan dan penuh dengan sampah sarap.
Macam mana anak murid ni duduk rumah macam ni.. semangatnya untuk belajar cikgu-cikgu kagumi..
Dalam pada itu, Reez berharap anak muridnya terus kuat dan berjaya pada suatu hari nanti dan meminta orang ramai untuk turut mendoakan kanak-kanak tersebut.
@reezmell Aqila murid yg sgt kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat TT?? #anakkuat #ketabahanseoranganak #tiktok #fyp #berandatiktok #masukberandafyp #tiktokmalaysia
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib si kecil itu dan memohon agar pihak berkuasa untuk bertindak dengan memberikan bantuan kepadanya.
Mohon dipanjangkn ke wakil rakyat setempat.. Daif sungguh tempat tu.
“Negara kita ni lengkap semuanya… tapi semua tak jalankan tugas dengan betul.. begini la nasib rakyat.. semua nak kena menyembah baru dapat bantuan,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.