(VIDEO) Ibu Siti Jamumall Kesal Aiman Lafaz Cerai 7 Kali dalam Setahun – “Buat Keluarga Kami Macam Tiada Maruah”

Kehidupan

(VIDEO) Ibu Siti Jamumall Kesal Aiman Lafaz Cerai 7 Kali dalam Setahun – “Buat Keluarga Kami Macam Tiada Maruah”

Ibu kepada usahawan terkenal Siti Jamumall, Norizan Jaaffar, meluahkan rasa kesal dengan sikap menantunya, Aiman Tak Kesah, yang ‘ringan mulut’ melafazkan cerai beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok, Norizan mendedahkan bahawa Aiman telah melafazkan talak sebanyak 7 kali terhadap Siti dalam tempoh hanya setahun perkahwinan mereka. Menurutnya, tindakan Aiman yang terburu-buru membuat keputusan itu akhirnya menyebabkan hubungan mereka semakin renggang.

Advertisement

Kalau nak dihitung, 7 talak Aiman bagi dekat Siti dalam setahun. Sebagai mak, saya amat kesian pada Siti. Sarat sangat dah, tunggu masa saja.

Buat keluarga kami macam tiada maruah. Siapa yang tak marah. Saya dengar, Aiman menyesal atas apa yang terjadi. Sebab dia tahu, untuk mendapatkan Siti balik sangat tipis.

Norizan juga mengungkapkan kesedihannya apabila Aiman menceraikan Siti ketika usia kandungannya baru 3 bulan dan kemudiannya selepas rujuk semula, menceraikan lagi Siti ketika kandungannya sudah 5 bulan.

Dalam usia kandungan Siti 3 bulan, dia lafaz cerai talak 1. Dalam usia kandungan Siti 5 bulan, selepas rujuk seminggu, diceraikan lagi. Konon cakap sayang, atau ada udang di sebalik batu?

Namun, Norizan menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah untuk menentukan status perkahwinan antara Siti dan Aiman.

Terdahulu, perkahwinan antara Siti Jamumall dan Aiman menjadi perhatian ramai selepas Aiman menceraikan Siti di hadapan umum melalui siaran langsung di TikTok. Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan ini bercerai selepas pernah rujuk semula.

Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4. Siti kemudian bernikah dengan Aiman dalam satu majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Jamumall respon kata Aiman nak rujuk
2025-08-08 11:05:12

Siti Jamumall Respon Pengakuan Aiman Tak Kesah Masih Sayang & Mahu Rujuk - "Saya Taknak Pandang..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...