(VIDEO) Ibu Menjerit ‘Celebrate’ Keputusan Anak Walau Dapat Nombor 27 Dalam Kelas, Raih Pujian Ramai

Kehidupan

(VIDEO) Ibu Menjerit ‘Celebrate’ Keputusan Anak Walau Dapat Nombor 27 Dalam Kelas, Raih Pujian Ramai

Mesti korang pernah dengar tentang sesetengah asian parents yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka sehinggakan sekecil-kecil pencapaian pun tak diraikan.

Mengapa? Kerana mereka ini terlalu mahukan anak mereka berjaya dan menjadi yang paling hebat. Ala, kalau keputusan peperiksaan mereka ini mahu si anak dapat A+ sahaja.

Advertisement

upsr dikembalikan
12 months ago

"Tak Payah Sibuk Nak Bawa Balik UPSR, Kau Nak 'Exam' Pun Cuma Nak Buktikan Anak Kau Bijak Je Kan"

Tetapi, seorang ibu dari Indonesia ini meraih perhatian dan pujian ramai selepas video reaksinya ketika anak menunjukkan kad laporan peperiksaan tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, ibu tersebut disambut oleh anak lelakinya ketika pulang dari kerja dan dia kemudian ditunjukkan keputusan peperiksaan itu.

Anaknya memberitahu dia mendapat tempat ke-27 dalam kelas dan wanita itu menzahirkan rasa bangga dengan kanak-kanak itu yang mendapat gred B dan C.

Wanita itu menjerit kegirangan sebelum memeluk dan mencium anaknya itu sebelum memberikan hadiah berupa makanan ringan.

Video itu mendapat perhatian ramai warganet di TikTok yang memuji sikap si ibu yang tidak membuatkan anaknya berasa  down atau sedih.

Dalam pada itu, ramai yang turut menasihati si anak agar belajar dengan rajin serta tidak melupakan ibunya apabila berjaya suatu hari nanti.

komen1 komen2

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...