Mesti korang pernah dengar tentang sesetengah asian parents yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka sehinggakan sekecil-kecil pencapaian pun tak diraikan.
Mengapa? Kerana mereka ini terlalu mahukan anak mereka berjaya dan menjadi yang paling hebat. Ala, kalau keputusan peperiksaan mereka ini mahu si anak dapat A+ sahaja.
Tetapi, seorang ibu dari Indonesia ini meraih perhatian dan pujian ramai selepas video reaksinya ketika anak menunjukkan kad laporan peperiksaan tular di media sosial.
Menerusi rakaman itu, ibu tersebut disambut oleh anak lelakinya ketika pulang dari kerja dan dia kemudian ditunjukkan keputusan peperiksaan itu.
Anaknya memberitahu dia mendapat tempat ke-27 dalam kelas dan wanita itu menzahirkan rasa bangga dengan kanak-kanak itu yang mendapat gred B dan C.
Wanita itu menjerit kegirangan sebelum memeluk dan mencium anaknya itu sebelum memberikan hadiah berupa makanan ringan.
Video itu mendapat perhatian ramai warganet di TikTok yang memuji sikap si ibu yang tidak membuatkan anaknya berasa down atau sedih.
Dalam pada itu, ramai yang turut menasihati si anak agar belajar dengan rajin serta tidak melupakan ibunya apabila berjaya suatu hari nanti.