(VIDEO) Ibu Kandung Dan Kekasih ‘Tomboi’ Mengaku Tak Bersalah Dera Kanak-Kanak 7 Tahun

Berita

(VIDEO) Ibu Kandung Dan Kekasih ‘Tomboi’ Mengaku Tak Bersalah Dera Kanak-Kanak 7 Tahun

Susulan kes penderaan kanak-kanak hingga berlubang tubuh badan, si ibu dan juga kekasih ‘tomboi’ dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di atas dua pertuduhan iaitu menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya sejak bulan lalu.

Memetik Kosmo, wanita yang bergelar ibu tunggal dan kekasihnya itu membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Advertisement

Menurut laporan, pertuduhan pertama adalah mengenai dakwaan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dengan niat yang berada di bawah penjagaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Manakala bagi pertuduhan kedua, kedua-duanya didakwa dengan niat mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kandung tertuduh ketika mangsa berada di bawah pemeliharaan mereka.

Kedua-dua kesalah dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di antara tarikh 1 Julai hingga 9 Ogos tahun ini.

Jika disabitkan bersalah, kedua-dua diperuntukkan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, kanak-kanak itu kini sedang berada di hospital dan di bawah jagaan bapa saudaranya sementara menunggu pihak JKM memutuskan hak penjagaan.

Kekasih wanita itu yang merupakan warga Singapura tinggal bersama-sama di dalam satu rumah bersama si ibu diikat jamin sebanyak RM20,000 manakala dan RM15,000 kepada ibu kandung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dera anak
9 months ago

"Sampai Berlubang Badan" - Jiran Serbu Rumah, Ibu & Kekasih Pengkid Kantoi Dera Anak Lelaki Umur 7 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...