(VIDEO) Ibu Gelak Sakan Tengok Anak Sapu ‘Balm’ Penuh Satu Kepala!

Trending

(VIDEO) Ibu Gelak Sakan Tengok Anak Sapu ‘Balm’ Penuh Satu Kepala!

Buat ibu-bapa yang sedang membesarkan anak, pasti banyak karenah dan gelagat mereka yang mencuit hati kan. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah atau suka dek telatah yang buat hati ini kembali ‘cool’.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, Ibuza93 turut berkongsi momen lucu anaknya itu yang fokus menyapu balm di kepala.

Advertisement

Mana taknya, sampai penuh satu kepala si anak lumur, dah macam pakai shampoo! Panjang akal betul adik ni..

Nak jadi cerita, sebenarnya si ibu pergi kejap je sebab nak tidurkan adik kepada Amin ni. Tapi bila datang balik satu kepala dah kena lumur.

Ibu pun ‘confuse’ dah ni nak pukul ke nak gelak. Haha!

“Ko kenapa..Apa amin buat, tak pedih ke, ibu bagitahu ayah eh”

Sambil si ibu ni bergelak sakan, sempat juga la rakam buat memori kan, merasa lah kita tengok sama.

Apa-apapun, sempoi betul Amin ni, dah kena lumur balm pun muka relaks je, kalau orang lain dah panas kepala! Adoi..

Rata-rata netizen pun terhibur dengan gelagat Amin. Lebih menghiburkan, sampai ada yang cipta tagline untuk Amin.

“Anda rasa Amin ada masa untuk sakit kepala?”

“Dia migraine tuuu”

“Comelnya perangai!”

Mungkin dia ingat tu pomade, macam macam hal la. Semoga korang semua terhibur ya. Salam Isnin buat semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...