[VIDEO] Ibu Gajah Kesedihan Setelah Anaknya Mati Dilanggar Kereta

Trending

[VIDEO] Ibu Gajah Kesedihan Setelah Anaknya Mati Dilanggar Kereta

Sebak kami melihat posting yang dimuatnaik di laman sosial yang melibatkan seekor ibu gajah kesedihan apabila anaknya mati dilanggar kereta.

Menurut Info Roadblock, seekor anak gajah telah dilanggar oleh sebuah kereta di Jalan Mawai yang menghala ke Mersing, Johor.

Advertisement

Menurut seorang individu, beliau amat terkejut dan terkilan melihat seekor anak gajah yang tidak bernyawa terbaring di tengah jalan.

Apa yang lebih memilukan adalah kehadiran ibunya yang kesedihan melihat anaknya yang mati dilanggar kenderaan.

Memetik dari The Rakyat Post, gajah adalah antara beberapa haiwan yang akan berkabung apabila kehilangan anak mereka. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, pelbagai tragedi yang melanda kehidupan liar terutamanya yang melibatkan kenderaan.

Mungkinkah mereka mula hilang tempat tinggal atau ini hanya kecuaian pemandu?

Pada pendapat penulis, sebagai seorang pengguna jalan raya, terutamanya apabila memandu di kawasan yang mempunyai kekerapan lintasan haiwan lair, kita seharusnya tidak menekan hon kerana ia akan menakutkan haiwan tersebut. Tambahan pula, demi keselamatan diri, anda harus sentiasa kekal dalam kenderaan.

Sumber : Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...