(Video) Ibu Beri Denda Lucu Pada Anak, Minta Menari Gelek Sambil Meminta Maaf

Trending

(Video) Ibu Beri Denda Lucu Pada Anak, Minta Menari Gelek Sambil Meminta Maaf

Setiap ibu bapa pastinya ada cara mereka yang tersendiri dalam mendidik anak-anak. Ada yang suka ambil pendekatan yang tegas dan serius tetapi ada juga yang lebih selesa dengan pendekatan santai dan bersahaja. Yang pastinya, lain orang lain lah cara didikannya.

Macam seorang ibu ini, dia memilih untuk menghukum anaknya dengan tarian gelek! Dikatakan kanak-kanak ini didenda oleh ibunya kerana telah mengetuk kepala adiknya. Bagi mendidik anaknya ini, kanak-kanak itu diminta untuk berjoget sebagai satu hukuman.

Advertisement

Dalam situasi ini, kanak-kanak ini telah mengetuk kepala adiknya dengan sebatang kayu. Bagi mengajar kanak-kanak yang sudah berusia 4 tahun ini, ibu ini meminta anaknya bergelek tanpa henti walaupun dalam keadaan tengah menangis! Bukan ibunya sahaja malah netizen yang lain juga turut sama terhibur melihat aksi kanak-kanak ini bergelek.

facebook

facebook

Tapi hukuman gelek ni mungkin lebih sesuai dibuat di rumah sahaja. Cuba bayangkan macam mana agaknya nak suruh anak bergelek kalau dekat luar? Tak pasal-pasal ramai pula yang menonton!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...