(VIDEO) Ibu Berang Anak Pinjam ‘Ahlong’ Demi ‘Boyfriend’, Netizen Tak Puas Hati – “Hempuk Anak Makcik Tu Sekali!”

Kehidupan

(VIDEO) Ibu Berang Anak Pinjam ‘Ahlong’ Demi ‘Boyfriend’, Netizen Tak Puas Hati – “Hempuk Anak Makcik Tu Sekali!”

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya dianiaya oleh teman lelaki sehingga terpaksa meminjam Ahlong bagi menanggung kekasihnya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, Unit Banteras PPIM bersama ibu bapa kepada wanita itu dilihat menyerbu kediaman yang diduduki oleh mereka berdua.

Advertisement

Difahamkan, wanita berkenaan telah bersekedudukan dengan teman lelakinya setelah sekian lama, malah lelaki berkenaan turut didapati tidak berkerja namun hanya menabur janji manis.

Bukan itu sahaja, ibu bapa wanita itu turut dilihat memukul lelaki terbabit kerana telah menyebabkan anak perempuan mereka sanggup berhabis wang ringgit demi cinta yang tidak pasti.

Dah lama sabar dengan kau ni! Kau sanggup hidup macam ni nak bela anak orang!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapa berkenaan yang hanya menyalahkan lelaki terbabit dan bukannya anak mereka.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa anak perempuan mereka juga sepatutnya dikenakan tindakan yang sama kerana kesalah tersebut dilakukan bersama-sama.

Namun, apa yang lagi menimbulkan kemarahan netizen adalah apabila wanita itu seolah-olah ‘play victim’ dan hanya menyalahkan kekasihnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

"Tak Terjangkau Dek Akal!" - Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Dua Anak Undang Kemarah Orang Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...