(Video) Ibu Amirah : Saya Minta Maaf Banyak-Banyak Kepada Semua..

Trending

(Video) Ibu Amirah : Saya Minta Maaf Banyak-Banyak Kepada Semua..

Screen Shot 2016-01-01 at 8.19.26 PM

Nama Nur Amirah kini telah menjadi sebutan di seluruh negara apabila isu kehilangannya baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial.

Namun, perkara yang paling mengejutkan terjadi apabila Amirah 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam semalam.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, siasatan awal mendapati dia sengaja buat cerita dirinya diculik.

Ibu kepada Amirah, Asmah, yang ditemui berkata dia telah diberitahu oleh anggota polis tentang penemuan anaknya pada jam 10 pagi tadi. Dia juga redha dan syukur Amirah ditemui dalam keadaan selamat.

Asmah turut meminta maaf kepada semua sekiranya kehilangan anaknya menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku.

Suami segera ke balai polis untuk melihat keadaan anak sulung saya, dan dia masih dalam keadaan baik.

Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertungkus lumus menjejaki anak saya sehingga ditemui.

Saya akan mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya dan keluarga harus berbincang sama ada untuk menukarkan dia ke sekolah lain atau sebaliknya,” katanya.

Asmah juga berkata dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anaknya.

Sementara itu, rakan kepada Nur Amirah yang enggan namanya disiarkan berkata Amirah mengenali seorang lelaki yang didakwa teman lelaknya sejak seminggu lalu.

Sebelum ini, Nur Amirah hanya berkelakuan seperti biasa dan tak pernah mempunyai masalah dengan keluarga. Jika ada masalah dia akan ceritakan kepada saya.

Saya terkejut apabila dia dikatakan dilarikan dan kemungkinan besar lelaki itu yang mempengaruhi dia (Nur Amirah),” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Abdul Samah berkata remaja lelaki itu dan rakannya, 45, ditahan reman bermula hari ini.

Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu menumpang di rumah rakan teman lelakinya yang berusia 45 tahun di Bandar Sungai Emas, Banting,” katanya.

Nur Amirah turut disiasat kerana memalsukan maklumat dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...