(VIDEO) “I Selamat, Tapi Kawan Kawan Kapal I Dalam Penjara Lagi” – Ardell Hubungi Keluarga, Menangis Teresak-Esak

Trending

(VIDEO) “I Selamat, Tapi Kawan Kawan Kapal I Dalam Penjara Lagi” – Ardell Hubungi Keluarga, Menangis Teresak-Esak

Sebaik sahaja dirinya mempunyai sedikit tenaga selepas dimasukkan air, aktres Ardell Aryana terus menghubungi keluarga dan meluahkan segalanya.

Sebelum ini, Ardell dilaporkan dirawat di Hospital Istanbul kerana mengalami beberapa kecederaan akibat dikasari pihak berkuasa Israel ketika dalam tahanan.

Advertisement

ardell muka lebam

Tular rakaman video ketika Ardell yang sedang dalam proses untuk sembuh, membuat panggilan dan aktres tersebut didengari menangis teresak-esak.

Ardell mengucapkan rasa syukur kerana sudah bebas dan diselamatkan namun dia menangis mengenangkan rakan-rakan aktivis lain yang satu kapal dengannya, masih berada dalam tahanan Israel.

Dalam keadaan menangis, Ardell juga berkata rakan-rakan aktivis lain pasti dibiarkan kelaparan dan dia juga ssebelum ini tidak diberikan makan dan minum selama empat hari.

Alhamdulillah, I selamat. Tapi kawan kawan kapal I semua dalam penjara lagi. Tak dapat makan.

Ardell juga berkata semua barangan peribadinya termasuklah al Quran telah dirampas dan tidak dipulangkan semula membuatkannya tidak dapat tahan menangis teresak-esak.

 

View on Threads

 

2025-10-06 10:29:51

"Keluar Dari Penjara Keadaan Dia Sangat Lemah Dah..." - Ardell Senyum, Tahan Sakit Kerana Enggan Orang Ramai Risau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...