Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sudah beberapa kali berkongsi ‘house tour’ banglo miliknya namun kali ini video dikongsikan pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2025 itu tidak seperti yang sebelumnya.
Menerusi akaun media sosial, Daiyan telah menggunakan nada sarkastik sambil membuat ‘house tour’ menunjukkan beberapa ruang dan perhiasan di dalam banglo miliknya itu.
View this post on Instagram
Penyayi berusia 31 tahun itu bercakap sambil menggunakan storyline dakwaan dilemparkan kepadanya baru-baru ini di mana namanya disebut sebagai isteri keempat VVIP.
Inilah bangku tempat I tunggu suami pulang ke rumah sebab (netizen di) TikTok percaya bahawa saya sudah berkahwin. Telefon ini pula digunakan untuk telefon suami saya, yang ada empat isteri tu.
Daiyan turut menunjukkan beberapa pasu gubahan bunga dan berkata sinis bahawa setiap satu daripadanya adalah untuk madunya.
Bunga yang ini pula, untuk I, isteri yang keempat Mestilah paling besar sebab baru (kahwin) lagi kan. Ini adalah barbell, ia agak berat. Tapi tidaklah seberat tuduhan orang ramai terhadap saya.
View on Threads