Sebuah laporan mendakwa dua hotel mewah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terbakar akibat serangan peluru berpandu dan dron, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa UAE berhubung dakwaan tersebut.
Menurut akhbar The Sun UK, sebuah hotel ikonik lima bintang, Burj Al Arab, dilaporkan dijilat api selepas didakwa terkena serangan peluru berpandu Iran. Rakaman video yang tular di platform X menunjukkan bangunan tersebut mengeluarkan kepulan asap tebal sebelum api dilaporkan berjaya dikawal.
Selain itu, sebuah lagi hotel mewah di kawasan Palm Jumeirah iaitu Fairmont The Palm turut didakwa terbakar selepas terkena dron jenis Shahed. Laporan menyebut empat individu mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Jurucakap kerajaan Dubai dilaporkan berkata empat orang cedera dalam insiden tersebut dan mengesahkan keadaan kini terkawal.
“Api kini terkawal,” kata jurucakap itu selepas pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian.
Dalam perkembangan berkaitan, UAE dilaporkan memaklumkan bahawa pihaknya berjaya memintas gelombang dron dan peluru berpandu yang didakwa dilancarkan oleh Iran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
