(Video) : Hilang Dari Rumah Pada Tahun 2012, Dijumpai Dalam Hutan Amazon Di Brazil

Trending

(Video) : Hilang Dari Rumah Pada Tahun 2012, Dijumpai Dalam Hutan Amazon Di Brazil

Seorang lelaki Kanada yang didapati hilang dari rumah sejak lima tahun lalu telah pun dijumpai dalam keadaan tidak terurus di dalam hutan Amazon di Brazil, lapor portal Daily Mail.

Advertisement

Anton Pilipa disyaki mengalami Skizofrenia yang dikatakan telah merentas antara dua buah benua, berjalan kaki kebanyakkan tanpa kasut sejauh 6,500 batu (10,460 km) dari rumahnya di Vancouver dan dengan sedikit pakaian tergantung di belakangnya pada tahun 2012 lalu.

Menurut keluarganya mereka cuba mencarinya bertahun lalu namun buntu dan gagal menyebabkan mereka hampir berputus asa. Namun keajaiban berlaku apabila satu panggilan yang diterima sebelum Krismas lalu yang memberitahu Pilipa berada di Brazil membuatkan harapan mereka menjumpai Pilipa semakin cerah.

Semasa dalam perjalanan, dia dikatakan telah makan makanan dan mendapat pakaian daripada tong sampah, memetik buah-buahan hutan yang dijumpainya, dan turut bergantung pada kebaikan orang yang tidak dikenalinya.

Ketika ditemui oleh pihak polis Brazil di dalam hutan, dia tidak mempunyai sebarang pengenalan diri di mana keadaannya sungguh tidak terurus.

Pihak kedutaan Kanada di Brazil dengan kerjasama beberapa agensi antarabangsa telah menerbangkan keluarganya ke negara berkenaan baru-baru ini untuk menemukan mereka semula.

Abang Pilipa, Anton Stefan menyatakan dia amat terkejut dengan menerima berita adiknya dijumpai di Brazil.

Saya betul-betul terkejut kerana kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun mencarinya, di mana dia, apa yang telah terjadi kepadanya, saya amat kagum yang dia masih hidup walaupun merentasi jarak yang cukup jauh.”

“Sebelum ini kami sudah hampir berputus asa, berfikir adakah dia sudah mati,” katanya.

Ekoran penemuannya di Brazil, Pilipa telah mengembara melalui sekurang-kurangnya sepuluh negara dari Kanada, termasuk Amerika Syarikat, Mexico, Guatemala, Costa Rica, Panama, Colombia, Venezuela, Argentina dan Brazil di mana semua dia masuk tanpa sebarang pasport dan dengan hanya sedikit pakaian di belakangnya.

Apa yang menarik perjalananya ini telah melalui kawasan hutan Amazon sejauh 800km yang penuh bahaya seperti labah-labah beracun, ular, caiman yang boleh membesar sehingga 20 kaki panjang dan jaguar.

Menurut Stefan lagi, adiknya telah berjalan untuk memenuhi satu misi pelik yang menyelubungi fikirannya iaitu perlu ke Perpustakaan Negara Buenos Aires di Argentina.

Apabila sampai dia tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri menyebabkan dia telah berjalan sehingga ke Brazil sehinggalah dijumpai di dalam hutan Amazon.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...