July 5th, 2018

Nampaknya minggu ini  penyanyi Haqiem Rusli terus mendapat perhatian ramai. Semuanya gara-gara dia dikatakan menipu mempunyai tekanan perasaan ataupun depresi hanya untuk dijadikan gimik bersempena dengan pelancaran lagu terbarunya.

Pernah memberikan kata-kata sokongan ikhlas dari hatinya buat Haqiem yang kononnya ingin berhenti menyanyi kerana mengalami masalah depresi, Caprice menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya tidak dapat membendung lagi rasa amarahnya dan menyampaikan pesanan yang cukup padu buat Haqiem dan pengurusannya.

Terasa dirinya tertipu, Caprice dengan kata-kata yang agak kasar menganggap perbuatan Haqiem itu tidak wajar dan sebenarnya memberikan impak besar terhadap orang lain yang benar-benar mengalami masalah kemurungan. Penyakit itu amat berbahaya dan tidak boleh dibawa main-main kerana ia merupakan pembunuh senyap.

Terdahulu, memang ada timbul gosip mengatakan Haqiem mempunyai masalah ‘attitude’ sejak memenangi salah satu anugerah di AJL 32 dan pernah juga tiba-tiba mencetuskan sedikit pergaduhan dengan seorang penyanyi yang didakwa menciplak lagunya.

Baru sahaja meningkat naik dalam bidang nyanyian, Haqiem sudah terlibat dengan pelbagai kontroversi. Paling teruk apabila mempergunakan artis lain dan menipu orang ramai hanya untuk meraih publisiti dan melariskan single terbarunya. Apa gunanya gimik murahan jika selepas ini tiada orang yang ingin percaya lagi pada anda? Bakat sahaja tidak cukup untuk kekal dalam industri hiburan.


44 responses to “(VIDEO) Heartless Motherf***** – Caprice Bengang Dan Maki Haqiem Rusli Isu Gimik Depresi”

  1. bawang besar says:

    depres2 dak hakim ni ada juga lah adab nya ..solat nya ..
    tapi yg beriye2 maki pulak macam tak ada iman di dada
    lu caprise jaga diri sendiri lu sudah lah
    tak payh nak beriye2 maki macam lu tu suci murni
    poyooooooo arr !

  2. pergi mampos haqiem rusli says:

    dah kantoi menipu, lepastu pusing cerita. puihhhhh!!!

  3. ikan says:

    CAPRICE ni pun boleh tahan poyo jugak. Hope tak terjumpa caprice ni or haqiem ruslie kat mana2 kat KL ni. Kalau terjumpa, cnfirm aku tak kenal. Sbb aku tak kenal org2 poyo dan bodoh.

Loading...