(VIDEO) Hanya Salah Faham, Lelaki Singapura Dakwa Isi Minyak Dalam Tong Untuk Kegunaan Go-Kart

Berita

(VIDEO) Hanya Salah Faham, Lelaki Singapura Dakwa Isi Minyak Dalam Tong Untuk Kegunaan Go-Kart

Kecoh di media sosial memaparkan lelaki warga Singapura mengamuk sewaktu dirakam oleh penghantar makanan di sebuah stesen minyak Sunway Box, Iskandar Puteri rupanya hanya salah faham.

Difahamkan daripada Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, pertengkaran itu berlaku pada jam 8.37 malam, 16 Jun lalu setelah membuat siasatan lanjut.

Advertisement

Menurut Rahmat Ariffin, berlakunya salah faham setelah pekerja penghantar makanan itu menegur lelaki Singapura terbabit mengisi minyak ke dalam tong.

Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

Katanya lagi, sewaktu kejadian, lelaki warga Singapura itu belum lagi mengisi minyak ke dalam tong sebelum ditegur oleh rider tersebut.

Dalam pada itu, Rahmat memaklumkan si pengadu juga sudah menarik balik laporan yang dibuat berhubung insiden terbabit.

Sekadar info, pertelingkahan selama 10 minit antara dua pihak ini berjaya dileraikan oleh dua anggota polis bantuan yang berada di tempat kejadian.

minyak
11 months ago

(VIDEO) "Kau Tengok Kurang Ajarnya Dia!" - Dua Lelaki Singapura Mengamuk Lepas Ditegur Isi Minyak Dalam Tong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...