Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh seorang penyanyi dari Indonesia dikenali sebagai Pamungkas.
Menerusi video tersebut, Pamungkas atau nama penuhnya Rizky Rahmadian Pamungkas dilihat bertindak mengambil telefon bimbit milik seorang peminat lalu menggosoknya di bahagian alat sulit.
Susulan kejadian terbabit, video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan penyanyi berusia 29 tahun itu.
Malah, ada juga segelintir warganet yang menganggap aksi itu sangat menjijikkan sehingga nama penyanyi lagu To The Bone itu trending di laman Twitter dengan tanda pagar #PamungkasJijik.
Tampil membuat penjelasan, Pamungkas berkata dia tidak mempunyai niat lain selain memberikan ‘fans service’ kepada para peminat yang hadir.
Menurut Pamungkas, apa yang dilakukannya masih agak munasabah melainkan dia melakukannya di tempat letak kereta atau mengambil telefon bimbit peminat secara paksa.
Kalau tak tahu fan service, sama saja selepas gig, tunggu foto bersama. Jadi mari kita kembali kepada konteks.
ini apaan ajg pic.twitter.com/ZqGBTPISuv
— Kojima (@mikharaeee) October 6, 2022
Dalam pada itu, Pamungkas mendedahkan gara-gara isu ini, pengurusnya dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas akibat terlalu banyak fikir dan stress berat.
Jadi tolong, letakkan semula perkara itu dalam konteks. Jangan dipanjangkan hal ini kerana ia merugikan.
Bagaimanapun, penyanyi dari Indonesia itu turut berterima kasih kepada peminat yang masih menyokongnya walaupun selepas kekecohan ini berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.