March 25th, 2020

Baru-baru ini, Hairul Azreen mencuri tumpuan ramai apabila mendapat peluang untuk mengadakan sesi Live di Instagram bersama bekas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

hairul azreen lee chong wei

Namun, disebalik keterujaan ramai mendengar Lee Chong Wei berkongsi pengalamannya dalam arena badminton, Hairul sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Mengajukan soalan “Berapa minggu Encik jadi pemain nombor 1 dunia?”, ia mengundang rasa tidak puas hati netizen.

 

 

hairul azreen lee chong wei

Rata-ratanya mengecam Hairul seakan tidak mempunyai pengetahuan dalam sukan serta tidak membuat ‘homework’ berkenaan latar belakang Lee Chong Wei sebelum sesi temubual tersebut.

Bagaimanapun, ramai yang memuji sikap rendah diri lagenda badminton itu yang menjawab soalan tersebut dengan fakta iaitu “Saya tujuh tahun”, tanpa rasa tersinggung dengan pertanyaan Hairul.

hairul azreen tak study lee chong wei hairul azreen tak study lee chong wei hairul azreen lee chong wei

Relaks, mungkin Hairul gementar berbicara dengan seorang lagenda. Tetapi tidak ada salahnya kalau selepas ini dia membuat kajian terlebih dahulu sebelum ‘live’ dengan tetamu jemputan agar tidak lagi dikritik.


6 responses to “(VIDEO) Hairul Azreen Dikecam Tak Buat ‘Homework’ Sebelum Temuramah Datuk Lee Chong Wei”

  1. Xboleh hadam says:

    Kau ni rakyat malaysia ke bukan? Satu dunia kot tau dia dah lama pegang title world no 1.

  2. Abg malek says:

    Hazrul order ayam berempah abg malek gerenti IQ ada naik sket…dpt kurangkan kebangangan ..sila kol 01236588963.stokist diperlukan

  3. Anonymous says:

    ??????

  4. minah jambu say NO to drug says:

    bodoh nye azreen..

  5. Datin Lee CW says:

    Muke handsome tapi .. jumud.

Loading...