Baru-baru ini, Hairul Azreen mencuri tumpuan ramai apabila mendapat peluang untuk mengadakan sesi Live di Instagram bersama bekas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Namun, disebalik keterujaan ramai mendengar Lee Chong Wei berkongsi pengalamannya dalam arena badminton, Hairul sekali lagi mencetuskan kontroversi.
Mengajukan soalan “Berapa minggu Encik jadi pemain nombor 1 dunia?”, ia mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Rata-ratanya mengecam Hairul seakan tidak mempunyai pengetahuan dalam sukan serta tidak membuat ‘homework’ berkenaan latar belakang Lee Chong Wei sebelum sesi temubual tersebut.
Bagaimanapun, ramai yang memuji sikap rendah diri lagenda badminton itu yang menjawab soalan tersebut dengan fakta iaitu “Saya tujuh tahun”, tanpa rasa tersinggung dengan pertanyaan Hairul.
Relaks, mungkin Hairul gementar berbicara dengan seorang lagenda. Tetapi tidak ada salahnya kalau selepas ini dia membuat kajian terlebih dahulu sebelum ‘live’ dengan tetamu jemputan agar tidak lagi dikritik.