(VIDEO) Haid Lewat 2 Bulan Tapi Buat ‘Pregnancy Test’ Negatif, Wanita Takut Perut Makin Membesar

Kehidupan

(VIDEO) Haid Lewat 2 Bulan Tapi Buat ‘Pregnancy Test’ Negatif, Wanita Takut Perut Makin Membesar

Salah satu tanda atau ‘hint’ untuk wanita periksa sama ada mereka hamil adalah apabila lewat datang bulan.

Namun, pelik pula yang terjadi kepada seorang wanita dari Indonesia ini di mana dia terdetik untuk membuat ‘pregnancy test’ selepas haid tidak kunjung tiba.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsi oleh wanita itu di TikTok, dia bertanya jika ada orang lain yang mengalami situasi sama sepertinya.

Jelas wanita menggunakan nama @asnasari27 itu, dia sudah dua bulan tidak datang haid namun buntu apabila mendapat tahu ujian kehamilan dilakukan membuktikan dia tidak hamil.

Apa yang lebih membuatkannya gusar apabila perutnya pula semakin hari semakin membesar seolah-olah dia sedang mengandung.

Mengejutkan, menerusi ruangan komen agak ramai juga wanita lain yang meluahkan dan berkongsi bahawa mereka lalui situasi yang sama.

Bagaimanapun, rata-ratanya menasihati dia pergi membuat pemeriksaan kerana risau jika perutnya membesar gara-gara penyakit bahaya, ‘ovarian cyst’.

bayi tiba-tiba hilang dalam kandungan
3 years ago

"9 Kali Hamil, 9 Kali 'Hilang'.." - Bayi Tiba-Tiba Lesap Dalam Perut, Ramai Kongsi Kisah Misteri Sama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...