(Video) Guna Umpan Durian Dan Pepsi Untuk Tangkap Ikan, Ini Trik Di Sebaliknya Yang Anda Patut Tahu

Trending

(Video) Guna Umpan Durian Dan Pepsi Untuk Tangkap Ikan, Ini Trik Di Sebaliknya Yang Anda Patut Tahu

Sehingga hari ini kita masih dihantui dengan persoalan siapakah gerangan lelaki yang berjaya menangkap ikan dengan cara yang paling unik serta tidak pernah terfikir oleh sesiapa. Dengan menggunakan air berkarbonat jenama Coca=Cola, gula-gula Mentos dan telur, lelaki tersebut mampu menangkap beberapa ekor ikan.

Jika anda rasa video tersebut menghairankan, anda tidak keseorangan. Bagaimana campuran Coke ke dalam lubang berlumpur dan ditambah dengan gula-gula Mentos dan telur boleh menarik ikan untuk keluar dari lubang tersebut. Terdapat beberapa teori yang dominan dalam membincangkan perkara ini malah disokong beberapa blog.

Advertisement

Helah di sebalik kamera

Lubang berlumpur mungkin disambungkan ke bahagian air yang lebih besar. Apabila telur diletakkan di dalam lubang tersebut, ikan akan tertarik dan berenang ke arah lubang sebelum larutan Coke dan gula-gula Mentos ‘mencekik’ pernafasan ikan. kemungkinan yang juga dibincangkan, video tersebut mengandungi unsur penipuan.

Teknik pemasaran?

Terdapat tanggapan bahawa video tersebut merupakan cara pemasaran terbaru untuk jenama Coca-Cola dan Mentos. Walau bagaimanapun, jurucakap untuk gula-gula Mentos menafikan dengan berkata pihak Mentos tidak pernah mengizinkan amalan tersebut dipraktikkan sama sekali. Syarikat Coca-Cola pula tidak memberi sebarang respons terhadap perkara ini.

Video asal

Sumber video itu bermula pada saluran Youtube yang baru dan nyata yang dipanggil technique tools. Menurut Youtube, saluran tersebut telah dicipta pada tahun 2015 dan menarik perhatian yang sederhana sehinggalah perkongsian yang terkini mengenai teknik tangkapan ikan keli yang telah memperoleh view sebanyak 1.8 juta.

Technique tools tidak menyenaraikan maklumat mengenai akaun saluran, tetapi menawarkan maklumat lain. Playlist yang berada dalam technique tools telah menyenaraikan beberapa video antaranya Coke dan Mentos dicampurkan ke atas pelbagai haiwan. Terdapat juga beberapa bahan lain yang dicampur seperti ubat gigi dan telur.

Penerangan mengenai penafian terhadap video yang disiarkan juga membingungkan. Contohnya, “buaya ialah haiwan peliharaan kami. Coca-Cola dan Mentos tidak bertindak balas dengan buaya” dan “Aksi yang ditunjukkan dalam video ini dilakukan oleh professional. Jangan tiru! Boleh menyebabkan bahaya”.

lukisan

Terdapat juga pihak yang mendakwa video itu sebenarnya dirancangkan, mempunyai skrip, dan dibuat untuk sekadar suka-suka, serta penafian bahawa ikan dalam contoh ini, “keluar dengan menolak video di sebelah kiri” seperti gambar yang ditunjukkan diatas.

Logik sains

Penerangan perkara ini dari segi sains adalah yang paling tepat. Kebanyakan ikan keli mempunyai deria rasa yang tajam berdasarkan 4 sesungut yang berfungsi sebagai receptor pada badan mereka. Oleh itu, meletakkan soda dan Mentos bukanlah idea yang bagus kerana insang ikan berfungsi apabila oksigen melalui tisu khusus, oksigen daripada air ditukarkan ke dalam aliran darah ikan.

Apabila oksigen yang tidak mencukupi di dalam air,  ikan boleh menjadi lemas. Ini sebenarnya merupakan masalah besar dalam ekologi lautan moden kita di mana arus peralihan telah menciptakan poket oksigen rendah dalam air.

Mengurangkan kepekatan oksigen di dalam air dengan menambah karbon dioksida dari soda menjadikan pengekstrakan oksigen menjadi jauh lebih sukar dan menyebabkan ikan menjadi panik dan cuba melarikan diri.

Daripada pandangan di sudut sains, video ini memaparkan beberapa pandangan mengenai tingkah laku haiwan dan manusia. Walau bagaimanapun, sebagai taktik memancing, kaedah ini mungkin tidak akan menjejaskan aktiviti menangkap ikan dalam jumlah yang kecil.

Terbaru, kaedah menggunakan durian dan air jenama Pepsi digunakan untuk menangkap ikan. Teknik berjaya namun sebiji durian dan 4 botol Pepsi juga telah dikorbankan. Menangis pencinta durian meilhat durian yang mahal menjadi umpan. Anda boleh saksikan video di bawah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...