(VIDEO) Guna Siren Redah ‘Jam’, Polis Kesan Pemandu Proton Preve

Berita

(VIDEO) Guna Siren Redah ‘Jam’, Polis Kesan Pemandu Proton Preve

Baru-baru ini tular di media sosial, video memaparkan seorang pemandu kereta jenis Proton Preve yang meredah kesesakan jalan raya dengan menggunakan lampu mata arah dan siren di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku pada 23 Februari lalu kira-kira pukul 6.30 petang dan tidak melibatkan sebarang kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut dan telah merakam percakapan.

siren

Namun siasatan masih dijalankan kerana kenderaan tersebut telah dijual dan dipandu oleh individu lain ketika kejadian.

Jelasnya lagi, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memandu kenderaan tersebut ketika kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 serta Rule 24(ii) 170/59.

Dalam pada itu, pihak polis juga ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan video atau gambar kejadian tersebut.

BACA: Anak & Isteri Mangsa Nahas Boieng 737, Video Lelaki Meratap Di ‘Airport’ Buat Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...