[VIDEO] Gugur Jantung Melihat Ular Tedung Patah Balik Kejar Abang Bomba

Trending

[VIDEO] Gugur Jantung Melihat Ular Tedung Patah Balik Kejar Abang Bomba

Sebut saja pasal ular, pastinya meremang bulu roma. Tambah-tambah lagi dengan trend cuaca yang tidak menentu, ular mempunya potensi untuk keluar dari “kawasan” mereka.

Ular dan bomba memang tidak dapat dipisahkan.

Sebuah video yang dimuatnaik oleh Persatuan Kebajikan JBPM-Bomba melalui laman Facebook mereka telah mencuri perhatian netizen.

Advertisement

Ok, ular akan “dilepaskan”

Pada beberapa saat pertama, sewaktu penulis sedang menonton video tersebut, degupan jantung telahpun mula naik secara “terkawal”

Tukang rakam dah cakap awal-awal

Pada saat ke-10, abang bomba yang merakam video tersebut berharap agar mereka tidak dikejar setelah abang-U dilepaskan

“Jangan dia kejar kita sudah”

Masin mulut abang bomba yang lagi seorang tu. Setelah abang-U diletakkan atas tanah, dalam sekelip mata sahaja, ular tedung tersebut membuat U-turn dan seolah ingin mengejar abang bomba tersebut.

bomba ular tedung

sumber – Facebook JBPM

Macam nak gugur jantung pun ada tengok babak dia nak kejar tu

Mujurlah, ular tedung tersebut hanya acah nak kejar dan seterusnya menuju ke kawasan hutan yang berdekatan.

Pelbagai reaksi netizen yang menonton video tersebut

 

komen ular tedung

Ada juga yang bertanya jika ia selamat untuk dilepaskan semula

bomba dikejar ular tedung

Nak ajak lepak tak boleh, nak makan pun tak boleh. Lepas je lahh..

Respon yang cukup lucu ini pastinya membuat ramai terhibur, tetapi ada betulnya jika ular tersebut keluar dari kawasan hutan semula.

Video tersebut telah meraih sebanyak 240,000 tontonan dan pastinya sedikit hiburan dikala PKP ini cukup membantu.

Tapi walauapapun, terima kasih abang bomba kerana sentiasa memastikan kami selamat dari ancaman reptilia yang mengerikan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...