(VIDEO) Goal Perlawanan ATM FC (2) VS Kelantan FA (3) : Final Piala Malaysia 2012

Trending

(VIDEO) Goal Perlawanan ATM FC (2) VS Kelantan FA (3) : Final Piala Malaysia 2012

Kelantan FA sudah membuktikan yang mereka berjaya membawa pulang Piala Malaysia sekali lagi ke kelantan dengan menewaskan ATM dengan jaringan 3 berbalas 2. Dalam perlawanan ini admin rasa puas hati dengan Mat Yo selepas beliau berjaya menjaringkan 2 goal selepas aksi suram dalam liga super untuk musim ini. ATM juga berjaya membuktikan walaupun mereka boleh dikatakan dalam golongan fresh meat tapi mereka berjaya memberikan perlawanan yang sengit kepada Team Kelantan. Perlawanan malam itu sangat menghiburkan admin juga berada di sana dan menyaksikan sendiri sorakan dan paluan gendang membakar semangat oleh 2 kelab penyokong utama kelantan FA dan ATM memanggil student UiTM untuk memukul gendang untuk mereka. Sama hebat dan cukup meriah! Tahniah kepada semua yang hadir ke Final Piala Malaysia 2012



di sini ada sedikit komen pasal pengurusan dan hospitality yang disediakan.
Masalah air di tandas stadium perlu dibaiki oleh pihak penganjur kerana tidak berbaloi dengan tiket RM40 tapi tidak disertakan dengan kemudahan yang sesuai. Admin melaksanakan hadas besar pun dengan keadaan yang cukup sadis sekali, admin hanya berbekalkan plastik burger dan 2 botol air mineral. Bayangkan keseksaan yang dialami. Diharap kemudahan yang disediakan berbaloi dengan harga tiket, kami tak kisah kalau tandas kotor tapi air tu kena ada la. Air kan sumber utama bagi manusia.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...