Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai satu video yang memaparkan insiden perbalahan sepasang suami isteri di sebuah pasar raya.
Rupa-rupanya, video tersebut hanyalah sebahagian daripada gimik pemasaran ST Rosyam Mart, rangkaian pasar raya milik pelakon terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor.
Ada sesetengah pihak yang menganggap gimik pemasaran itu tidak sensitif kerana memperlihatkan elemen keganasan rumah tangga dan ada juga yang merasakan ia tidak menghormati pasangan yang sedang berdepan dengan masalah sebenar di dalam rumah tangga mereka.
Walaupun ia telah disahkan sebagai satu gimik, lain pula ceritanya apabila seorang wanita yang bernama Dahlia Kurtz.
Menerusi satu hantaran di aplikasi X, wanita berbangsa Yahudi itu memuat naik video berkenaan dengan kapsyen yang mengundang padangan buruk orang ramai.
Kalau di tempat awam pun suami dia layan macam tu, bayangkan macam mana layanan di rumah.
If her husband acts like that in public, imagine how he treats her in private. pic.twitter.com/nUUjnIffJy
— dahlia kurtz ✡︎ דליה קורץ (@DahliaKurtz) June 21, 2025
Susulan itu, pengguna aplikasi itu segera menambah konteks pada hantaran tersebut dan kini terdapat nota penjelasan di bawah hantaran tersebut dengan memaklumkan bahawa video tersebut hanyalah sebuah gimik pemasaran.
Dapat dilihat kebanyakan rakyat Malaysia tampil memberi teguran, meluahkan kebimbangan mengenai gimik tersebut yang telah memberi imej negatif terhadap agama Islam.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mula menyalahkan video tersebut kerana menyebarkan imej buruk tentang Islam dan seolah-olah memberi peluang kepada orang luar untuk mengkritik agama itu dengan lebih teruk.