Sebelum ini, personaliti TV Azwan Haji Ali ada memaklumkan bahawa dia akan menyaman usahawan Datuk Aliff Syukri sebanyak RM100 juta atas dakwaan cubaan memalukan dirinya di hadapan orang ramai.
Susulan daripada itu, tular pula video memaparkan saat di mana Azwan Ali diheret dan ditarik rambut oleh usahawan itu ketika di atas pentas.
Mula-mula terkejut kenapa la sampai nak saman menyaman ni…
Tapi bila tengok video kejadian memang penuh perasaan Aliff Syukri tarik rambut Diva AA ni.
Kesian wehhhh!!! Macam nak tercabut kepala orang tu sampai melutut! 😭😭😭 https://t.co/ldqUqccwWV pic.twitter.com/0guzAN5qTI
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) November 6, 2023
Video itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-rata menganggap Aliff Syukri seperti sudah lama ‘berdendam’ dengan Azwan Ali.
Namun ada juga yang menganggap ia adalah agenda mempromosikan produk Aliff Syukri memandangkan usahawan itu sememangnya terkenal dengan gimik dan ‘marketing’ berunsurkan kontroversi.
Terdahulu, Azwan Haji Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA dilihat menangis dan mendakwa Aliff Syukri telah menganiaya dirinya ketika berada di atas pentas sebuah program selain mengaibkan dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.