Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ah Chot yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Honda yang cuba untuk ‘menyelit’ telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat pemandu Honda itu berdegil untuk cuba menyelit diantara dua buah lori walaupun dia berada di ‘blindspot’.
Malah, dia turut dilihat mengamuk dengan mengetuk pintu lori itu kerana disangka laluannya sengaja dihalang oleh pemandu lori.
Jangan macam bagus, ajak berhenti tepi lari.. sebab apa kau lari sebab kau salah.
Bukan itu sahaja, dia turut selamba berhenti di tengah jalan dan keluar dari kenderaan semata-mata untuk menangkap gambar lori tersebut kononnya sebagai mengambil bukti.
@ahchot12 WQV450 jgn mcm bagus,ajak berhnti tepi lari phuiii…sebab ape kau lari sebab kau salah…loc lepas byr toll skve saujana putra
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai malah terhibur melihat gelagat pemandu Honda tersebut yang tidak menyedari tingkah lakunya telah terakam di dashcam.
Kalau aku nampak lori pun dah takut, rela bagi diorang pergi dulu, biar lambat asal selamat – Netizen.
“Gigihnya siap berhenti turun snap gambar, kalau aku malu oi.. nak jugak melawan, satgi kena lenyek tak memasal jadi arwah,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.