(VIDEO) Gigih Angkat Tiga Tong Gas Seorang Diri, Ketabahan Ibu Tunggal Ini Raih Pujian Netizen

Kehidupan

(VIDEO) Gigih Angkat Tiga Tong Gas Seorang Diri, Ketabahan Ibu Tunggal Ini Raih Pujian Netizen

Tangan yang menghayun buaian, boleh menggoncang dunia. Begitulah perumpamaan yang sering dikaitkan dengan pengorbanan seorang ibu yang tabah membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi.

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok apabila seorang wanita dilihat tabah membuat kerja-kerja yang biasanya dilakukan kaum lelaki demi menyara diri sendiri dan anak-anak.

Advertisement

Dalam video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @niniqaliesya itu, terdapat seorang wanita yang dilihat ‘selamba’ mengangkat tiga buah tong gas seorang diri tanpa bantuan.

Difahamkan wanita itu merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan kini sedang membesarkan dua orang anak perempuan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dengan kekuatan dan ketabahan wanita berkenaan.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Malah terdapat segelintir kaum lelaki yang meninggalkan komen yang mengakui mereka mungkin tidak mampu melakukan perkara yang sama seperti wanita tersebut.

Bukan senang nak cari makan, demi sara keluarga, seorang ibu berkorban untuk anak-anaknya. – netizen

Pengorbanan seorang ibu kan…

2 years ago

Viral Video Dua Keluarga Buat Kecoh Bergaduh Depan Hospital Ipoh, Rupanya Sebab Isu Cinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...